Ping your blog, website, or RSS feed for Free Blog Pinger Free

Tuesday, 14 October 2014

Sumaiyyah Simple Blouse - Muslimah Blouse

Assalamualaikum... :)

Alhamdulillah dengan izin Allah swt kami di Vid Vita Ent telah berjaya mengeluarkan satu lagi produk iaitu Sumaiyyah Simple Blouse.

Blouse ni istimewa diperbuat daripada kain jenis japanese cotton. Tebal & tidak perlu lining.
Cutting yang longgar. Lengan bergetah untuk kemudahan menutup aurat walau aktif & mudah mengambil wudhu'.

Untuk update yang lebih pantas, cepat, terkini... sila follow kami di;
Instagram : Vidvita
Facebook : Vidvita

Moga mempermudah uols yang mencari2 blouse murah, cantik & menutup aurat :)




*SOLD OUT*
RM39 /PC
(FREE POSTAGE FOR WM, ADD RM3 FOR EM)
Material: Cotton 
Shoulder: 15.5" 
Bust: 38" Hip 42" 
Length: 35" 
Sleeve: length 22" 
Whatsapp: 019-7987852


*SOLD OUT*
RM39 /PC
(FREE POSTAGE FOR WM, ADD RM3 FOR EM)
Material: Cotton 
Shoulder: 15.5" 
Bust: 38" Hip 42" 
Length: 35" 
Sleeve: length 22" 
Whatsapp: 019-7987852


*SOLD OUT*
RM39 /PC
(FREE POSTAGE FOR WM, ADD RM3 FOR EM)
Material: Cotton 
Shoulder: 15.5" 
Bust: 38" Hip 42" 
Length: 35" 
Sleeve: length 22" 
Whatsapp: 019-7987852



*SOLD OUT*
RM39 /PC
(FREE POSTAGE FOR WM, ADD RM3 FOR EM)
Material: Cotton 
Shoulder: 15.5" 
Bust: 38" Hip 42" 
Length: 35" 
Sleeve: length 22" 
Whatsapp: 019-7987852

Sunday, 22 June 2014

Kisah Lelaki Tua Berkain Pelekat

Kredit pada Facebook Dato Haji Roslan Ab Hamid. 

Kisah benar ni ramai yang like, share & komen. Ditulis berperingkat oleh beliau. Moga bermanfaat buat kita semua...


**************************************************************************************************************

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB.

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan rm35 juta.

Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.

Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

2. Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

3. Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

4. Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

"Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu erkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

5. Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.

6. Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

7. Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

8. Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung mata dan baca "ayat ayat pengasih". Hehehe.

9. Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum.Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

10. Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

11. Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.)
Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong. sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

12. Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri ang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

13. Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar. Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu.Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, "baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20". Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

14. Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

15. Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya "Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , "Dengan senyap senyap tapi cantik". Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, "Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun". Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.

Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

16. Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.

Bacalah surah ar Rahman ayat 46, "Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga"

17. Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

18. Anak..Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, "Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu". Cuba anak check siapa perawinya.

(nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

19. Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,

"Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itusahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula"

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

20. Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya'. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

**************************************************************************************************************

InshaaAllah akan bersambung lagi katanya... Nota ini untuk saya & siapa saje yang perlu :)

Monday, 16 December 2013

Akaun Facebook Baru

Assalam...

Sob...sob...sob... Lama x post kt sini... sori atas kesibukan.

Untuk makluman semua... akaun facebook lama saya iaitu Vid Vita dah x boleh digunakan lagi.
Camtu jugak dgn page lama Secret of Beauty : Vid Vita...

Sila la add FB baru saya Haidiahvita Sumarlan
Nama penuh lagi tu....
Dan sudi2 lah like page baru saya Impian & Rahsia Wanita - bersama Vid Vita.

Sekian, untuk makluman semua.

Sunday, 14 July 2013

7 SIMPLE STEPS TO STOP ACNE



CARA LEBIH MUDAH???
minum la BB Plus Collagen!
hanya minum 1 sachet sehari!
lihat kesannya dalam masa 5 hari

PROMOSI BELI 3 PERCUMA 1 KOTAK!
SMS/ Whatsapp 019-7987852

Friday, 19 April 2013

MODUS OPERANDI ‘MAK MAN TELO’

credit to CDM Cikgu Apit

Entry ni khas buat kawan2 yang baru mencari2 bisnes yang sesuai... atau yang ragu2 tentang networking biz...

Fahami & moga bermanfaat buat semua...

Pasti ramai yang nak tahu, apa trend sekarang kaki skim cepat kaya buat????? 

Saya dpt kisah ini dari sumber yg telah menyaksikan keadaan di mana ramai yg ‘melabur’ untuk mendapat duit setiap bulan tanpa buat apa2.

Sebelum sy teruskan kisah ini, sy suka nak kongsi cerita sy dulu sekitar hujung 2007….hampir terjebak dgn skim cepat kaya puluhan ribu ini.

Mungkin ketika itu, sy sendiri mmg beriya2 nak cari duit lebih sbb nak kahwin (elak buat loan dan kahwin)….so kebetulan, rakan sekolah nak jumpa dan berkongsi peluang bisnes…..

Mmg hebat peluang yg ada dan sy mmg terpengaruh dgn apa yg sepatutnya sy dpt bila sy join….

Tetapi, sy bijak sikit masa tu….
sy tanya, “macamane nak jual produk ni sdgkan ini produk untuk wanita????”
Soalan sy dijawab juga dgn soalan…
“ada aku citer pasal jual barang?”
Dan dgn jawapan itu, (tidak mngikut jawapn dlm skema sy) sy tolak secara baik pelawaannya untuk join dgn bisnes tersebut.

Alhamdulillah, keesokkannya sy cari kebenaran dan kebetulan Cik Mun mngenali felony CDM Lin yg dah lama buat BISNES ni. Bila bersama STG, caranya lain, sistemnya lain walau platform yg digunakan sama….Selepas 20minit presentation sy bersetuju untuk proceed rm40k sebagai modal permulaan dan paling best….selepas 3bulan, hajat utama buat bisnes ialah KAHWIN…Berjaya. Syukur….

Pada sy, asas bisnes sgt MUDAH…..
1. Ada PRODUK
2. Ada SERVIS

Kalau perkara ini tiada dlm BISNES kita, mana mungkin BISNES kita dipanggil BISNES.

Tiada jual beli, tiada penjual, tiada pembeli dan tiada juga akad jual dan beli.

Contoh mudah, kalau kita buka gerai burger, mana ada peniaga burger yg dpt untung tanpa menjual burger….

Tetapi, inilah kelemahan ORG KITE….apabila dijanjikan dgn ‘BISNES’….TAK PERLU JUAL BARANG…
Berduyun-duyun menyertainya…..mmg tak suka nombor 4D, tapi suka Duduk Diam Dapat Duit.

Sistem 4D ini mmg tak pernah berjaya kepada PELABURnya tetapi untuk PENGANJURnya……masyuuukkkkk!!!!!!!!!

Ini kisah 5 tahun dulu dan sy percaya saban tahun kesedaran ORG KITE semakin bertambah ttg skim2 yg tak menguntungkan ni.(Cikgu Apit tetap terjebak dgn Skim Pelaburan Kambing, sekitar 2008, pengajaran yg sgt berharga)

Dan kini….jeng jeng jeng….2013…IA MUNCUL KEMBALI…..


Jadi….apa pulak yg berlaku sekarang……masih lagi dgn Platform dan Syarikat yg sama!!!!!
TETAPI……lain pulak bunyinya…lain pulak istilah2nya dan lain pulak ‘janji’nya….

Berikut, MO yg digunakan untuk memastikan mata ORG KITE kabur…..

1.Dgn nama group yg baru….PELABUR yg melabur bukan menjadi pengedar kepada syarikat tetapi menjadi bisnes partner syarikat….maknanya bukan berniaga under nama syarikat tetapi menjadi mcm ‘share holder’ dalam syarikat.

2.Selain menjadi ’Share Holder’, pelabur juga akan mendapat portion dalam pembinaan sebuah AKADEMI yg melahirkan ramai jutawan segera dan AKADEMI ini bakal dilancarkan Jun nanti oleh salah seorang mantan Perdana Menteri kita. (misi nya sgt bagus, sebagus tahun2 sebelum ini yg menyatakan penubuhan sebuah KOPERASI/KONSORTIUM)

3.Yg paling disukai ramai, setiap pelabur hanya pelu MANTAIN rm300 untuk dapat bonus setiap bulan hingga RM8000

4.Produk….ada dan dapat….untuk apa? Untuk diberi kepada ibu ayah atau saudara mara….(konsep sedekah digunaka tetapi bukan konsep asas bisnes)

Setakat ini, sy berikan 4 sahaja MO yg digunakan kerana ada beberapa lagi yang tidak boleh dinyatakan di sini.
So isunya, pihak Syarikat tidak pernah menjanjikan bahagian ‘share ‘ dlm syarikat. Yang ingin menjadi ahli sebenarnya hanya dikenakan bayaran rm50 shj…dan bukan RM25k atau rm32k…..

Bonus pula akan diberikan berdasarkan hasil jualan kumpulan dan jualan peribadi setiap bulan.
Dan sekiranya produk yg PELABUR dapat….tidak dijual….mana mungkin mendapat bonus lg….

Beberapa persoalan timbul???
Mana dtg bonus bila tiada jual beli???
Pakej RM25K…jika amik Double Pakej….ada diskaun…bkn bayar rm50K tapi hanya RM32K???

Sistem apa yg digunakan??? Modal pula….dari bank2 tempatan dan pinjaman dibuat atas nama personal loan….tiada kaitan dgn Penganjur sistem ini….

Pembongkaran yg saya buat sebenarnya ingin membuka mata m,asyarakat di luar sana…
Mendapatkan keuntungan dgn jalan mudah….pasti ada Something Wrong!!!!!

Senang je dpt duit tanpa buat apa2….pasti Malaysia akan catat Zero Fakir Miskin….kerana smua boleh join sistem seperti ini dan berjaya…..

Sedarlah….untuk mendapatkan untung drpd bisnes…bkn semudah ABC…tetapi jika MENIPU untuk UNTUNG….anda akan dapat….bersama sumpahan2 dan doa2 org yg tertipu….

Kita nak berniaga lama maa…hati kena baik…hati kena busat……tipu2 org……meniaga kejap leiiii…

Saya berharap sgt, kisah ini dpt dikongsikan kpada smua ORG KITE….supaya semuanya SELAMAT dr gejala bisnes yg tak sihat ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...