Ping your blog, website, or RSS feed for Free Blog Pinger Free

Friday 5 October 2012

(Kepak 2012) Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran di Pasir Gudang, Johor



Kepak 2012 tawar 1,800 jawatan

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 4 Okt. - Sebanyak 1,800 jawatan kosong dalam pelbagai bidang ditawarkan sempena penganjuran Karnival Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak 2012) yang diadakan mulai esok hingga Ahad ini di Stadium Perbandaran Majlis Perbandaran Pasir Gudang, di sini.

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ), Elias Hasran berkata, Kepak 2012 di Pasir Gudang merupakan destinasi terakhir selepas empat lokasi terdahulu iaitu Persada Johor, Kluang dan Muar.

"Pengunjung berpeluang mendapat pendedahan serta maklumat berkaitan peluang-peluang kerjaya, perniagaan dan kemahiran setempat dan Iskandar Malaysia.

"Penganjuran program ini merupakan serampang dua mata apabila kedua-dua pihak iaitu kerajaan negeri dan masyarakat mendapat manfaat daripadanya. Penganjurannya juga menjadi pusat penjodohan kerja antara pencari kerja dan majikan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini....

© Utusan Melayu (M) Bhd


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...