Ping your blog, website, or RSS feed for Free Blog Pinger Free

Monday 31 December 2012

Pakej Komunikasi Belia : Rebat RM200 untuk telefon pintar


Semua dah tau tentang rebat RM200 ni kannn??? Bermula 1 Januari 2013 boleh la mula mendaftar. Hanya yang layak je tau... jangan buat2 layak pula... biarlah yang memerlukan yang dapat...

OK ni pula senarai smartphone dalam pakej ni...




1. S: Apakah Pakej Komunikasi Belia?

J: Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).

Pakej ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar tahap permulaan melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta.


2. S: Apakah syarat kelayakan untuk memohon Pakej Komunikasi Belia?

J: Syarat kelayakan adalah:
  • Pemohon berumur di antara 21-30 tahun
  • Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
  • Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat. 

3. S: Bilakah saya boleh mula memohon?

J: Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi; yang mana terdahulu.


4. S: Bagaimana cara untuk saya memohon?

J: Bagi memudahkan proses permohonan, borang pra-pendaftaran perlu diisi secara dalam talian di laman sesawangwww.skmm.gov.my. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat.


5. S: Siapakah penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam inisiatif ini?

J: Penyedia perkhidmatan yang terlibat ialah Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster.


6. S:Berapa lamakah tempoh masa untuk membuat tuntutan rebat ini ?

J: Anda diberi masa selama 1 (satu) bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan.


7. S: Selepas saya membuat pra pendaftaran laman sesawang, apakah yang patut saya lakukan?

J: Anda akan memperolehi status permohonan dengan serta-merta. Jika status anda berjaya, paparan status tersebut boleh dicetak dan/atau diemel kepada anda. Cetakan atau nombor rujukan tersebut perlu dibawa ke wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk membuat tuntutan dengan cara pembelian terus.


8. S: Di manakah saya boleh dapatkan senarai wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah?
J: Senarai wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan terlibat mulai 1 Januari 2013.


9. S: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan kepada wakil-wakil penyedia perkhidmatan semasa membuat tuntutan?

J: Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan ialah seperti berikut:
Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera;
Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa


10. S: Bagaimana cara untuk menuntut rebat ini?

J: Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan , anda boleh memilih telefon pintar yang ditawarkan dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon tersebut.

11. S: Sekiranya saya belum mempunyai langganan jalur lebar, apa yang perlu saya buat?


J: Anda dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan anda menuntut rebat ini.
Harga, terma serta syarat-syarat pakej langganan tertakluk kepada penyedia perkhidmatan tersebut.


12. S: Sekiranya saya telah melanggan pakej jalur lebar, perlukah saya membuat langganan yang baru untuk
menuntut rebat tersebut ?

J: Tidak perlu. Walau bagaimanapun anda tetap layak untuk menuntut rebat tersebut.


13. S: Apakah jenis-jenis telefon yang boleh di beli?

J: Anda boleh membeli jenis telefon pintar tahap permulaan yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan. Senarai telefon yang termasuk di dalam skim ini boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan mulai 1 Januari 2013.


14. S: Apakah yang boleh menyebabkan sesuatu permohonan tidak berjaya?

J: Permohonan tidak berjaya disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
Anda tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan
Nombor kad pengenalan, nombor fail LHDN, atau nombor KWSP didapati tidak sah
Anda telah mendaftar lebih daripada sekali


15. S: Sekiranya saya bekerja sendiri atau penggajian, perlukah saya mendapat pengesahan pendapatan bulanan atau membawa slip gaji ?

J: Tidak perlu. Sah akuan yang telah ditanda oleh pemohon di dalam borang pendaftaran dalam talian adalah bukti bahawa maklumat yang diberi adalah benar.

Walau bagaimanapun kami ingin memperingatkan bahawa sesiapa yang didapati bersalah memberi maklumat palsu boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dijatuhkan hukuman penjara selama maksimum tiga (3) tahun dan denda.


16. S: Saya seorang pelajar, adakah saya layak memohon Pakej Komunikasi Belia?

      J: Pelajar sepenuh masa atau separuh masa adalah layak memohon pakej tersebut sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.


17. S: Keuntungan bersih sebagai peniaga kecil-kecilan adalah RM 3,200 sebulan dan selepas ditolak perbelanjaan keluarga, pendapatan saya tinggal RM 2,000 sahaja. Adakah saya layak?

J: Tidak layak.


18. S: Bagaimanakah cara saya ingin mengekalkan nombor yang sedia ada tetapi ingin menukar kepada pakej yang baru yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan yang lain?

J: Anda dikehendaki untuk membuat Mobile Number Portability (MNP) terlebih dahulu sebelum melanggan pakej baru dengan mana-mana penyedia perkhidmatan.

MNP adalah keupayaan bagi pengguna untuk beralih kepada penyedia perkhidmatan mudah alih yang baru, dengan mengekalkan nombor mudah alih sedia ada.


19. S: Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapa patut saya tujukan?

J: Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu komunikasibelia@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040
(Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013. Selain itu anda juga boleh menghubungi penyedia perkhidmatan yang terlibat atau hadir terus ke wakil-wakil penjual yang sah.


20. S: Adakah pendaftaran secara dalam talian ini akan beroperasi 24 jam?

J: Sistem dalam talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11:00 malam sehingga 7:00 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan kerja mengemaskini data dapat dilakukan.

Thursday 6 December 2012

Ulangtahun Hai-O ke-20 (24 Nov 2012) - Part 1

hohoho... tengok tajuk tu. ammmpunnnnn lambat beno mengupdate kt blog kann...
anyway Majlis Ulangtahun Hai-O ke -20 & Anugerah CDM pada 24 Nov 2012 yang lalu adalah majlis yang sangat2 gah & meriah sepanjang 2012 ni.

sebaik tiket dikeluarkan berebut2 orang membelinya untuk bersama2 lebih 10,000 orang di Stadium Malawati pada hari itu. termasuklah saya!!! saaaaaangattttt excited! 
tambahan lagi antara penerima Anugerah CDM adalah mentor hebat kesayangan Smart Tycoon-CAT iaitu
CDM Hafiz Rithduan Malik bersama isteri DDM Murni Zuriati Mohamed.... the lovely & romantic couple. 


inila CDM Hafiz Rithduan a.k.a CDM Cikgu Apit & isterinya Murni Zuriati a.k.a Cikmun (^_^)


laaagggiiiii la kak Haryaty Akhir menang Ipad dalam Lucky Likers. huhuhu Tahniah kak yaty! dengarnya dia betul2 mengamalkan ilmu dr seminar Minda Magnet Rezeki. sangat bertuah!



ok kita layan sket gambar2 sepanjang majlis. nanti part 2 saya upload lagi ye... special sket ;)


penuh!!!

Dayang.... suara memang power!!!
 
Shila... so sweet...... tapi suara pergh mmg patut menang byk award

VVIP

Monday 3 December 2012

Collagen and Bone Matrix

Weehuuuu.... lamanya x tulis2 kt sini... soriiiii......... saya banyak on FB je. Hihi... X sempat nak tulis2 sini....

OK hari ni saya nak share tentang "Collagen and Bone Matrix"
Sumber : ASBMR

Mature bone is composed of proteins and minerals. Approximately 60% the weight of the bone is mineral, mainly calcium and phosphate. The rest is water and matrix, which is formed before the mineral is deposited, and can be considered the scaffolding for the bone. About 90% of the matrix proteins are collagen, which is the most abundant protein in the body. Collagen is very strong and forms bone, cartilage, skin, and tendons.

How you would construct a strong but light material from only the following 3 ingredients: short threads, plaster of paris, and glue? The best way would be to twist or braid the thread into strings, then glue the strings into ropes, then lay the ropes in a pattern and pour the plaster of paris over them, the way concrete is poured over steel rebar.

Collagen is formed as chains (short pieces of thread) which twists into triple helices (strings). These line up and are bonded together into ropes (fibrils). The fibrils then are arranged in layers, and mineral crystals will deposit between the layers. 





Translation;

Tulang matang terdiri daripada protein dan mineral. Kira-kira 60% berat tulang adalah terdiri drpd mineral, terutamanya kalsium dan fosfat. Selebihnya adalah air dan matriks, yang dibentuk sebelum mineral disimpan, dan boleh dianggap perancah bagi tulang. Kira-kira 90% daripada protein matriks adalah kolagen, yang merupakan protein yang paling banyak di dalam badan. Kolagen adalah sangat kuat dan membentuk tulang, rawan, kulit dan tendon.

Bagaimana anda akan membina bahan yang kuat tetapi ringan daripada hanya 3 bahan-bahan berikut: benang pendek, plaster paris, dan gam? Cara terbaik akan twist atau mengepang benang ke dalam rantaian, maka gam rantaian ke dalam tali, kemudian meletakkan tali dalam corak dan tuangkan plaster paris atas mereka, sebagaimana konkrit dicurahkan atas keluli rebar.

Kolagen dibentuk sebagai rantaian (bebenang pendek) yang bertukar ke triple helix (rantaian). Ini beratur dan diikat bersama-sama ke dalam tali (gentian halus). Gentian halus kemudian disusun dalam lapisan, dan kristal mineral akan mendeposit antara lapisan.


Haa.... betapa pentingnya kolagen dalam tulang kita. Tu baru tulang. Nanti saya sambung cerita pentingnya kolagen untuk rambut, otak, kulit, dll...

See u! mmmuuuaahhh :*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...